Bengkel Celik IT (NADI) @ Program Sentuhan Komuniti Bestari (SKB) 2025
14 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniProgram Sentuhan Komuniti Bestari (SKB) 2025, “Semarak Perpaduan dan Budaya Ilmu @ Perpustakaan Desa PNM Perlis” berlangsung dengan meriah dan berjaya menarik kehadiran lebih 500 pengunjung.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Turut hadir YB Tuan Haji Saad bin Seman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, bersama Puan Wan Nur Azma binti Wan Asik, Penolong Pengarah Kanan BPPD PNM; Encik Mohd Tarmizi bin Wahab, Ketua Rangkaian Perpustakaan Awam Negeri Perlis; serta Encik Muhammad Farid bin Abdul Rahim, Pengurus Besar Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd.
Program dimulakan dengan bacaan ikrar Rukun Negara dan turut disajikan dengan tarian Ram Thai (Tarian Thai) daripada Persatuan Kebudayaan Siam Negeri Perlis (PEKEMAS) sebagai persembahan pembukaan. Penganjuran turut diselitkan dengan aktiviti bacaan selama 10 minit dan deklamasi sajak oleh adik Sofea Nur Aisyah binti Sykuri yang mendeklamasikan sajak patrotik.
Program ini menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak, belia dan dewasa. Penganjuran kali ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi, antaranya Klinik Kesihatan Felda Chuping, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Antara aktiviti yang telah dijalankan:
- Pameran Jabatan/Agensi
- Bengkel Celik IT (NADI)
- Pertandingan Masakan Thai “Somtam”
- Pertandingan Gubahan Bunga
- Pertandingan Terjemahan Loghat Perlis
- Pertandingan Mewarna Bersama-sama Keluarga
- Pertandingan Tulisan Jawi
- Pertandingan Sukan Rakyat (Congkak, Dam Aji, Batu Tujuh, Karom, Sepak Raga Bulat)
- Sukaneka (Boling Nyior, Kerusi Muzik, Lambung Kasih, Isi Air Botol, Tuju Botol)
Turut diadakan Jualan Rahmah oleh KPDN serta Bengkel Celik IT daripada NADI. Acara turut diserikan dengan cabutan bertuah serta penyertaan aktif komuniti Kampung Batu Bertangkup yang memberikan sokongan padu sepanjang program berlangsung
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: